
Dinasihatkan janganlah menyusahkan orang , habis satu dunia kecoh dek berita kehilangan remaja di villa nabila yang kononnya berhantu . kot ye pun nak tidur rumah kawan bagilah tau mak bapak !
JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, sejak awal pagi Ahad lalu, ditemui selamat.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi ini. Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui rakannya di Bandar Datuk Onn, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi ini. Ibunya, Norhayati Mohamad, 39, berkata beliau dimaklumkan oleh polis mengenai penemuan anaknya itu.
Difahamkan orang ramai menghubungi pihak polis memaklumkan mengenai Izzat selepas berita mengenai kehilangannya dikeluarkan media massa.
Mangsa difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.
Susulan kehilangan Izzat, keluarganya membuat laporan polis dan kes itu kemudian mendapat perhatian orang ramai yang membuat tanggapan mangsa itu hilang di villa berkenaan dan kononnya `disorok' penunggu banglo lama berkenaan.
p/s: PIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU PERKARA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan komen yang pelik-pelik !