Halaman

Rabu, 21 Ogos 2013

maksud simbol 4 jari #Rabia yang telah digunakan pengguna-pengguna laman sosial .



Tujuan mereka di laman sosial menukar picture profile mereka dengan simbol empat jari . tujuan mereka adalah mereka ingin menujukkan rasa prihatin mereka terhadap saudara se-islam mereka di Mesir , selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna tentang isu mesir.hadis nabi ada menyebut :

"barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat islam , maka dia bukan dari kalangan mereka "

maksud simbol 4 jari :

  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta



maksud simbol 1,2,3,4 :

1. Allah matlamat kami / Allah tuhan kami
2. Rasulullah pemimpin kami
3. Al-quran pegangan kami
4. mati di jalan Allah cita tertinggi kami

Dan simbol empat atau dalam bahasa arab RABIA ini menuju kepada medan rabaah berdekatan dengan masjid rabiatul adawiyah . dan medan ini juga  menjadi tempat rakyat mesir berhimpun atau berdemonstrasi . Walau bagaimanapun, baru-baru ini medan ini telah di bakar oleh tentera As-Sisi dan ramai peserta demonstrasi telah terkorban dan tercedera


Bagaikan medan peperangan , keadaan medan rabaah selepas serangan maha dahsyat rejim As-Sisi.




Jadi marilah  kita tukar profile picture sama ada FB atau pun Twitter dengan simbol ini , melalui simbol ini kita dapat menunjukkan betapa prihatinnya kita pada rakyat Mesir yang sedang berjuang demi kebenaran .