
mengikut para ulama' penurunan Al-Quran ini diturunkan melalui tiga peringkat iaitu :
peringkat yang pertama: turunnya Al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluknya.
"bahkan ia Al-Quran yang mulia.Di papan yang terpelihara (Luh Mahfuz)" (surah al-Buruj: 21-22)
peringkat yang kedua : turunnya al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah iaitu langit dunia. buktinnya
"sesungguhnya kami turun kan al-Quran pada malam Lailatul Qadar" surah al-Qadar:1)
firman Allah :
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
peringkat yang ketiga: turun dari Baitul Izzah ke dada Rasullah saw secara beransur-ansur 22,23,24 atau 25 tahun
"al-Quran ini kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia dengan cara perlahan-lahan dan kami turunkannya secara sedikit-sedikit" ( surah al-Isra': 106)
Hikmah al-Quran diturunkan secara berperingkat:
*Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat Aisyah.
*Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh).
*Orang musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, surah al-Furqan. “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?”
Dijawab dalam ayat itu sendiri: “Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.”